Saturday, 21 December 2013

LAWATAN KE MUZIUM COKLAT, TUDM DAN ISTANA LAMA

Pada hari minggu bertarikh 21 Disember 2013 BKBSM telah mengadakan lawatan ke Muzium Coklat, TUDM dan Istana Lama bersama ahli keluarga staf untuk beriadah bersama-sama dengan menaiki Bas Dewan. Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.
 
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti lawatan tersebut

Bermula dengan lawatan ke Muzium Coklat


 
 





 

Seterusnya lawatan ke TUDM, Kuala lumpur.


 
Dan akhir sekali ke Istana Negara...Maaf ye....Lawatan ke Istana Negara tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, gambar semasa hendak berjalan masuk ke dalam istana sahaja yang boleh ;-)


 

Thursday, 19 December 2013

LAWATAN BSM KE KILANG GARDENIA

Biro Lawatan telah mengadakan aktiviti lawatan ke Kilang Roti Gardenia pada 19 Disember 2013 yang lalu. Semua staf yang hadir pada hari itu telah mengikuti lawatan tersebut dengan menaiki Bas Dewan. Bertolak pada pukul 9.00 pagi. Pihak Gardenia meyambut ketibaan staf BSM dengan hati terbuka serta memberi cenderamata 1 beg yang berisi beberapa roti gardenia kepada setiap staf yang hadir.

Berikut adalah gambar-gambar semasa lawatan dijalankan.
 








Tuesday, 10 December 2013

JAMUAN HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN BULAN DISEMBER DAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI

Pada tarikh 10 Disember 2013 yang lalu bersamaan hari Selasa 7 Safar 1435 telah berlangsung satu majlis jamuan sempena meraikan hari ulang tahun kelahiran warga kerja BSM bulan Disember dan majlis perpisahan pelatih latihan industri. Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang sempat dirakam oleh lensa kamera. Jom kita menikmati cerita yang tersurat dalam gambar-gambar kenangan berikut;


Cantik kek ni kan? Selamat hari jadi!


Baik tak menunya? Nyummmm...

Sate ni...Terbaikkkkkkkkk...

Tahniah!

Semoga ceria selalu!

Wakil kepada Encik Zainal Abidin (bertugas di luar kawasan)

Para tetamu yang setia mendengar

Setia bersabar

Dan masih lagi bersabar...

ALLAH selamatkan kamu...

Potong jangan tak potong

Wakil Encik Zainal Abidin (bertugas luar daerah)

Sesi menjamu selera...perasan tak ada penyodok di situ?

Masa makan...kaut...

Sila kan.. usah malu-malu

Masing-masing berselera

Tinggalkan kenangan


Patah tumbuh hilang berganti

Cik Hanis

Cik Eluny

Monday, 2 December 2013

PELATIH LATIHAN INDUSTRI SIRI 3 - 2013


Pelatih latihan industri siri yang ke-3 telah melaporkan diri di BSM pada 02/12/2013.
Berikut adalah butir-butir adik yang ayu ini.. ;-) 
 
 
 
Nama Pelatih : Nur Hanis binti Abu Bakar

Umur : 23 Tahun

Asal : Sungai Buloh, Selangor

Pusat Pengajian : Politeknik Sultan Idris Shah

Penempatan : Unit Operasi dan Infrastruktur ( Rangkaian, Keselamatan & Operasi TMK )

Nama Penyelia : Puan Azian binti Azam

Tempoh latihan : 02 Disember 2013 - 18 April 2014

 



.. SELAMAT DATANG  DAN SELAMAT BERTUGAS ..

Saturday, 30 November 2013

CAHAYA MATA SULUNG MANTAN STAF BSM


Makluman kepada staf BSM bahawa isteri kepada Encik Mohd Zami Adam Bin Ramlee iaitu mantan staf BSM telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka dan mendapat seorang bayi lelaki. Berikut adalah butir-butir tentang bayi mereka:
 
Nama  : Muhammad Adam Asyraf 
Berat  : 3.86kg
Tarikh Lahir : 30.11.2013, pukul 12.08 pagi.
Tempat Lahir : Hospital Universiti Sains Malaysia
 
Berikut adalah beberapa keping gambar anak beliau dilampirkan 
untuk tatapan semua.
 







Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Zami Adam, semoga boleh menjadi seorang ayah yang mithali. ;-)

Tuesday, 26 November 2013

MAJLIS JAMUAN SEMPENA APC INOVASI DAN SAMBUTAN HARI LAHIR STAF BULAN NOVEMBER

Majlis jamuan sempena pengiktirafan Anugerah Pekerja Cemerlang kepada beberapa staf BSM pada hari inovasi yang lalu telah diadakan pada 26 November 2013. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis tersebut.

Menu Hari Ulang Tahun Kelahiran

Menu pengiktirafan APC

Antara yang turut serta meraikan

Menanti dengan sabar walau perut sudah lapar

Masih lagi bersabar

Selamat Hari Lahir Encik Muhammad Khairhol Nizam

"Allah...Selamatkan kamu..."

Sesi sodok-menyodok hidangan...Bismillah...

Ha pilih la... nak pedas atau yang asli...

Oh lihat di sana...ada abang kacak dengan gaya menyodok hidangan

Tu kek terbaik yang dihidangkan kepada para tetamu

KFC...sehingga menjilat jari...nampak tak permainannya di situ?