Hari Keluarga merupakan acara tahunan BKBSM
bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama staf. Dilaksanakan pada 8
– 9 Februari 2014, bertempat di KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka. Seramai 120
orang yang terdiri daripada 26 staf dan 3 mantan staf bersama keluarga
masing-masing telah hadir memeriahkan acara ini. Sebanyak 31 buah chalet telah
ditempah dengan bayaran RM 90, RM 100, RM 120 dan RM 250 sebuah. Antara acara
yang telah diadakan adalah makan malam bbq, sukaneka dewasa dan kanak-kanak,
cabutan bertuah dan pertandingan karaoke serta aktiviti sampingan meraikan
pengantin baru daripada staf BSM iaitu Muhammad Khairhol Nizam bin Jamal dan
pasangannya.
Sambutan program ini amat berjaya dan
memberangsangkan. Semua ahli keluarga memberikan kerjasama yang baik dalam
semua aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan
telah menjadikan perjalanan program ini lancar dan sangat meriah.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti tersebut berlangsung.
Pamplet Atucara Majlis
************************************************************************
Aktiviti Pada Hari Sabtu ( 8 Februari 2014 )
Pendaftaran Masuk
Aktiviti Sukaneka Individu Dewasa Lelaki, Dewasa Perempuan dan Kanak-kanak pada petang Sabtu pada pukul 5.00 petang - 7.00 petang. Permainan adalah seperti kerusi berirama untuk peserta lelaki, peserta wanita dan kanak-kanak, pertandingan bowling kelapa untuk peserta lelaki, peserta wanita dan kanak-kanak dan pertandingan mewarna, menyusun puzzle rumah dan puzzle binatang bagi kanak-kanak,
Aktiviti sampingan meraikan pengantin baru daripada staf BSM iaitu Muhammad Khairhol Nizam bin Jamal dan pasangannya.
************************************************************************
Aktiviti Pada Hari Ahad ( 9 Februari 2014 )
Aktiviti pada hari Ahad pagi dimulakan dengan senamrobik pada pukul 7.30 pagi
Acara seterusnya selepas aktiviti senamrobik adalah acara sukaneka bagi berpasukan dewasa dan kanak-kanak.
Sesi bergambar Staf BSM dan ahli keluarga yang hadir sebagai kenang-kenangan.