Sunday, 10 June 2012

Teknologi Update Windows Aplication Firewalll (WAF) – “deny all”


Kita sering mendengar berita mengenai   “laman web  digodam”. Bagaimanakah perkara ini  boleh berlaku? Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh penggodam antaranya adalah  SQL Injection yang merupakan satu teknik memasukkan kod ke dalam perisian pangkalan data yang seterusnya menjalankan arahan yang tidak sepatutnya dijalankan. SQL Injection akan menggunakan kelemahan sesuatu sistem laman web yang tidak menggunakan penapisan input yang sempurna sebelum arahan tersebut dijalankan sepenuhnya oleh pangkalan data.


Bagi menghalang perkara tersebut berlaku, Bahagian Sistem Maklumat (BSM)  telah dikunjungi Olivier Puchadez dan Yann Samaada dari Perancis yang mengadakan demonstrasi  Windows Application Firewall (WAF) – ‘deny all’ .  Turut hadir dalam demonstrasi tersebut  wakil jualan mereka  dari syarikat INTER XS SDN. BHD bagi pasaran di Malaysia. Demonstrasi tersebut telah diadakan di tingkat   29 bilik Kadir Adabi, Menara DBP.

Untuk pengetahuan staf BSM, kita mempunyai firewall, iaitu Watchguard X6500e (Version 10.2.12) dan telah di tingkatkan versinya dari semasa ke semasa. Secara teknikalnya semua jenis firewall yang setara dengan watchguard hanya mampu mengawal pada lapisan ke empat (4) daripada tujuh (7) lapisan rangkaian. WAF boleh mengawal sehingga lapisan ke tujuh (7) rangkaian yang melibatkan aplikasi.

Buat masa ini BSM telah menerima permintaan daripada syarikat pembekal produk yang setara iaitu Astaro Web Application Security  dan Barracuda Web Application Firewall  untuk memperkenalkan teknologi WAF masing-masing. - artikel sumbangan Encik Iskandar Dhalan.


        


No comments:

Post a Comment