Program Kembara Bahasa telah dilaksanakan dari tahun 2000 hingga tahun 2005 sebagai program utama
kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (dahulunya Bulan Bahasa dan Sastera Negara). Program ini dilaksanakan semula pada tahun 2012 sehingga kini. Program Kembara Bahasa bagi tahun 2015 kali ini dipengerusikan oleh Haji Sulaiman bin Kaiat yang merupakan Ketua Bahagian Sistem Maklumat. Pada Majlis Malam Teguh Bahasa di Universiti Utara Malaysia, penutupan Program Kembara Bahasa 6hb Oktober 2015, pergerakan berkonvoi dari seluruh negeri untuk memasyarakatkan bahasa, sastera dan ilmu. Pengisian utama Kembara Bahasa 2015 ialah tinjauan, rakaman dan pengumpulan kosa kata kearifan setempat (kesenian, pertukangan, masakan, perikanan dan lain-lain
Tema
Jelajah Negara Semarakkan Bahasa
Tema
Jelajah Negara Semarakkan Bahasa
Objektif
Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan bahasa dan persuratan dalam pembinaan jati diri dan citra bangsa.
Membina masyarakat yang menghargai dan mencintai sejarah tamddun bangsa dan tanah air.
Meningkatkan perpaduan dan patriotism khususnya dalam kalangan peserta.
Membentuk rangkaian penggerak misi megah Bahasa dan persuratan.
Mengangkat ilmu dan tradisi yang boleh dibanggakan daripada masyarakat tempatan di sesebuah negeri yang menjadi citra masyarakat dan negeri tersebut.
Memasarkan DBP dalam kalangan masyarakat di samping mengumpul khazanah persuratan Melayu bagi
meningkatkan ilmu DBP dalam usaha untuk menjadi Pusat Rujukan Persuratan Melayu Global.
Konsep
Pergerakan simbolik kenderaan berkonvoi menuju satu destinasi. Dalam pergerakan kembara ini, pelbagai aktiviti yang dapat mengangkat kearifan tempatan yang merentasi pelbagai bidang seperti bahasa, budaya, kesenian, sastera,, sains dan teknologi dilaksanakan di tempat-tempat terpilih dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Sinergi tindakan yang melibatkan pemimpin, masyarakat dan peserta melalui kegiatan di lokasi bagi mencapai objektif yang ditentukan.
Perkongsian maklumat, pengalaman, kemahiran dan kepakaran semua pihak yang terlibat dalam menjana inovasi baharu bagi meningkatkan jati diri.
Berikut gambar-gambar semasa Aktiviti Kembara Bahasa peringkat Negeri dan pusat dijalankan :-

No comments:
Post a Comment